KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat setakat jam 9 malam ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) daerah Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172, diikuti Larkin (171) dan Kota Tinggi (166).
Turut mencatatkan trend kualiti udara tidak sihat di Johor ialah Pengerang (159), Tangkak (157), Kluang (156), Segamat (155) dan Batu Pahat (155).
Di Pantai Timur, beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang turut terjejas teruk.









