Georgetown: Seorang rakyat Malaysia yang disahkan selamat daripada tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lalu sudah menghubungi keluarganya sembilan hari selepas kejadian berlaku.
Perkara itu dimaklumkan lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Low dalam pertemuannya dengan jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam, hari ini.
Manivannan berkata, penjelasan mengenai garis masa kejadian itu dibuat Low dalam pertemuan kira-kira lima jam hari ini.
Beliau yang juga waris kepada rakyat Malaysia yang masih hilang, Komathi Rethinam, berkata Low menghubungi keluarganya pada 3 September selepas tiba di Tipling, lokasi yang mempunyai bekalan elektrik dan akses internet.








