Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua perolehan kontrak kerajaan bermula tahun depan akan dipaparkan secara telus kepada umum.
Perdana Menteri berkata, paparan itu merangkumi butiran penerima, kos projek, hingga ke tahap kemajuan pembinaan.
Katanya, langkah drastik itu diambil bagi memastikan amalan tatakelola baik dan membasmi ketelanduran serta pembaziran dana rakyat dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, maklumat berkenaan akan dibuka untuk akses awam supaya masyarakat di peringkat akar umbi dapat memantau sendiri pelaksanaan projek di kawasan masing-masing.








