KUALA LUMPUR: Chery Auto Malaysia akan memanggil semula kenderaan Omoda 5 varian C dan H yang terjejas susulan kes membabitkan model berkenaan baru-baru ini.
Syarikat itu berkata, kempen panggil semula berkenaan membabitkan pemeriksaan kenderaan dan penggantian komponen yang terjejas jika perlu.
Pemilik boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terjejas dengan mengesahkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) menerusi laman sesawang Chery Malaysia.
"Semua pemeriksaan dan tindakan susulan yang diperlukan, termasuk penggantian komponen, akan dilakukan secara percuma," menurut kenyataan syarikat itu hari ini.









