Kuala Lumpur: Chery Auto Malaysia (Chery) memanggil balik kenderaan Omoda 5 varian C dan H yang terjejas susulan insiden terbaharu membabitkan model berkenaan.

Syarikat itu berkata, kempen panggil balik berkenaan akan membabitkan pemeriksaan kenderaan serta penggantian komponen terjejas jika perlu.

"Pemilik boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terbabit dengan mengesahkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) menerusi laman web Chery Malaysia.

"Semua pemeriksaan dan tindakan susulan yang diperlukan, termasuk penggantian komponen, akan dilaksanakan secara percuma," katanya dalam kenyataan syarikat itu hari ini.