ISTANBUL: Kementerian Dalam Negeri Poland pada Ahad memaklumkan polis menerima laporan mengenai kemungkinan rancangan pembunuhan yang menyasarkan Perdana Menteri, Donald Tusk dan Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, lapor Anadolu Ajansi.

Menteri Dalam Negeri, Marcin Kierwinski dan Tomasz Siemoniak, menteri yang menyelia perkhidmatan perisikan, telah mengarahkan tindakan diambil berhubung perkara itu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Karolina Galecka menerusi platform media sosial X.

Wakil perkhidmatan keselamatan negara itu juga dijangka mengadakan mesyuarat tergempar.

Jurucakap kerajaan, Adam Szlapka memberitahu penyiar swasta Polsat News bahawa "perkara itu serius", sambil menambah Tusk telah diberi taklimat mengenai ancaman berkenaan pada pagi Ahad, menurut penyiar TVP World.