PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kelibat buaya dikesan di kawasan perairan Marina, Pantai Batu 5 di sini.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, pasukannya telah berada di lokasi pagi ini bagi menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima.

“Pasukan Perhilitan di lokasi untuk siasatan aduan tersebut. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga ke hari ini, sebanyak lapan aduan diterima Perhilitan daripada orang awam mengenai kelibat buaya di pantai peranginan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Perhilitan siasat dakwaan buaya muncul di Marina PD appeared first on Kosmo Online.