news@nst.com.my

Kota Kinabalu: Panggilan telefon pada 4.37 pagi menjadi detik hitam yang meragut ketenangan seorang ibu apabila dimaklumkan anak perempuannya, Zara Qairina Mahathir ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai asrama.

Perkara itu didedahkan ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat di Mahkamah Koroner, di sini, bahawa dia berada dalam keadaan panik, sedih dan menangis selepas menerima panggilan daripada Ustaz Rezany pada 16 Julai 2025, memandangkan dia sukar 'mencerna' apa yang sebenarnya berlaku selain buntu bagaimana untuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

"Saya menunggu sehingga hari siang. Selepas itu, saya mengumpulkan kekuatan untuk memandu sendirian ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) tanpa ditemani sesiapa dalam keadaan hujan ketika itu," katanya.