norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Kool, Hairee, 57, mengaku menyarankan kepada anaknya iaitu penyanyi dan pengacara, Kim Khairi, 23, agar memaklumkan sahaja status sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.
Hairee atau nama sebenar, Mohd Khairi Yaakob berkata walaupun menghormati pilihan Kim yang juga anaknya bersama bekas isteri, Safura Yaacob untuk bergelar insan seni, namun status diri tidak perlu disembunyikan.
"Saya tahu senario peminat di Malaysia yang mana artis sudah berkahwin akan 'turun saham' dan kurang diminati, tetapi untuk anak saya, Kim adalah lebih baik dia berterus-terang sahaja statusnya.
"Ketika dia (Kim) menyertai Talk To My Manager musim kedua (TTMM 2) itu, apabila ada media sudah tahu Kim berkahwin, dia sendiri ada bertanya pendapat daripada saya untuk menangani perkara itu.






