am@hmetro.com.my

Shah Alam: Seorang lelaki dipercayai tonto dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 55 pertuduhan memberi suapan berjumlah keseluruhan RM62,900 kepada tiga anggota polis trafik antara 2022 hingga awal tahun ini.

Tertuduh, Ang Lie Giap, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, Lie Giap didakwa secara rasuah memberikan suapan iaitu wang berjumlah antara RM700 hingga RM2,000 kepada tiga anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Pejabat Peronda Lebuhraya (EMPV) KESAS.

Ia sebagai dorongan tidak melakukan pemeriksaan ke atas lori semasa sekatan jalan raya.