KUALA LUMPUR: Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) mahu meneroka idea mewujudkan sistem kereta kabel yang menghubungkan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dengan beberapa lokasi tarikan pelancongan dan warisan di sekitar ibu negara.
Pengerusi LSH Capital, Tan Sri Lim Keng Cheng, berkata idea berkenaan adalah hasratnya bagi menghubungkan lokasi tarikan pelancong sekali gus meningkatkan pengalaman pengunjung di Kuala Lumpur.
Katanya, cadangan sistem kereta kabel itu belum lagi sebahagian daripada cadangan tender asal yang dikemukakan LSH Capital dan masih memerlukan pertimbangan pihak berkaitan, menunjukkan idea itu masih di peringkat aspirasi dan belum menjadi projek pembangunan yang disahkan.
"Bagaimanapun, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkannya. Apabila orang datang ke Kuala Lumpur, semuanya telah lengkap dan mereka boleh menikmati pemandangan latar langit bandar," katanya pada sidang media selepas majlis pemindahan penyenaraian LSH Capital dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia, di sini hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftigaberadik1333_209214.png&w=480&output=webp&q=85&we)