BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, memberitahu mahkamah bahawa nyawanya mungkin terancam sekiranya pihak berkuasa merampas asetnya, termasuk kenderaan kalis peluru.
Tindakan itu adalah sebahagian sebahagian daripada pertikaian cukai berjumlah AS$500 juta (RM2.04 bilion) yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu.
Mahkamah Agung Bahagian Cukai pada November tahun lalu mengekalkan tuntutan cukai Jabatan Hasil Dalam Negeri terhadap Thaksin berhubung penjualan syarikat telekomunikasinya pada 2006.
Thaksin, yang juga antara individu terkaya di Thailand, kini memohon perintah sementara mahkamah bagi menghalang Jabatan Hasil Dalam Negeri daripada merampas asetnya untuk membayar tuntutan berkenaan.










