am@hmetro.com.my
Ipoh: Kerajaan negeri mengarahkan pihak berkaitan termasuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) segera menyiasat dakwaan tular berkaitan kewujudan sekolah untuk etnik Rohingya di bangunan terbiar di sekitar Jalan Lahat, di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tindakan boleh diambil oleh MBI, sekiranya premis terbabit dibuka tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Katanya, selain itu, tindakan sewajarnya boleh diambil agensi berkaitan lain, termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Jika mana-mana entiti membuka sekolah termasuk sekolah swasta, pertama ia kena ada lesen daripada KPM. Kedua, untuk membolehkan ia mendapat lesen, kena terlebih dahulu membuktikan ia mendapat kebenaran penggunaan premis.










/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)