MANDALIKA: Jorge Martin mahu Aprilia terus mengekalkan momentum ketika juara dunia MotoGP 2024 itu menuju ke Grand Prix (GP) Indonesia dengan kelebihan dua mata mengatasi pencabar utamanya, Marc Marquez.

Martin berjaya menghadkan kehilangan mata ketika beraksi di Motegi, Jepun minggu lalu, biarpun litar tersebut sebelum ini lebih memihak kepada Marquez dan Ducati.

Kini, perhatian beralih ke Mandalika, Indonesia, yang mempunyai rekod lebih baik buat Aprilia dan Martin, sekali gus membuka peluang kepada pelumba berusia 28 tahun itu untuk kembali melebarkan kelebihan dalam perebutan kejuaraan.

“Kami meninggalkan Jepun dengan perasaan sangat berpuas hati, terutama selepas beraksi di litar yang sebelum ini bukan antara litar terbaik buat Aprilia.