JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor mencadangkan ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu jerebu rentas sempadan yang memberi kesan kepada negeri ini.Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan itu disuarakan susulan pertemuan dengan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto, bagi membincangkan keadaan jerebu yang menjejaskan kesihatan rakyat dan kualiti udara di beberapa kawasan.Menurutnya, isu berkenaan perlu ditangani menerusi kerjasama serantau dan bukan menuding jari kepada mana-mana pihak."Apabila pencemaran udara merentasi sempadan dan memberi kesan kepada negara jiran termasuk Malaysia, sudah tentu isu ini memerlukan kerjasama serantau yang lebih erat demi kepentingan bersama."ASEAN perlu memainkan peranan lebih aktif dengan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membolehkan krisis jerebu ditangani secara kolektif," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan, sebanyak 335 institusi pendidikan di daerah Batu Pahat diarahkan tutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 203 pada jam 8 malam Selasa.Langkah berkenaan dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK), selain mengambil kira garis panduan dan ketetapan pihak berkuasa berkaitan.Dalam perkembangan sama, Onn Hafiz memberitahu, negara-negara ASEAN yang mempunyai kepakaran, aset dan keupayaan pula boleh tampil membantu mengikut keperluan melalui penyelarasan serta persetujuan bersama."Cara berkenaan diyakini dapat mempercepatkan usaha pencegahan, pemantauan dan tindak balas terhadap jerebu demi memastikan kesejahteraan rakyat di seluruh rantau ini," ujarnya.Tambah beliau, cadangan berkenaan harap dapat dipertimbangkan pucuk pimpinan negara-negara ASEAN bagi membantu memulihkan keadaan secepat mungkin."Ini bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dalam persekitaran yang lebih selamat dan sihat," katanya.
ASEAN perlu adakan mesyuarat tergempar tangani krisis jerebu - Onn Hafiz

Key takeaways
Kerajaan Johor menyarankan ASEAN adakan mesyuarat tergempar untuk tangani krisis jerebu yang merentasi sempadan.
- Jerebu mempengaruhi kesihatan dan kualiti udara di Johor.
- Onn Hafiz menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk menangani isu ini.
- ASEAN diminta ambil peranan aktif dalam menangani krisis jerebu secara kolektif.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro PRN Melaka: SPR adakan mesyuarat esok
- Sinar Harian ASEAN perlu adakan mesyuarat tergempar tangani krisis jerebu - Onn Hafiz (this story)









/file/attachments/orphans/dsasaasdasd_211372.jpg)