asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) perlu mengadakan rundingan tertutup antara kepimpinan parti komponen bagi menyelesaikan perbezaan pendapat berhubung membentuk kerjasama politik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Penganalisis politik, Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, PH juga perlu membezakan antara perbezaan pendapat dengan perpecahan dalam kalangan parti komponennya.

Menurutnya, parti komponen PH masih boleh mengekalkan identiti dan keutamaan masing-masing, namun perlu mencapai persetujuan dalam perkara asas antaranya pembahagian kerusi, calon, mesej kempen serta bentuk kerjasama selepas pilihan raya.

"Saya berpendapat perbezaan pandangan antara parti komponen bukan sesuatu yang luar biasa dalam gabungan politik.