IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak menghantar jentera bagi membantu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Dua kawasan berkenaan yang terletak dalam Parlimen Tangga Batu, sebelum ini disenaraikan antara kawasan tumpuan dalam PRN yang dijadualkan pada 14 November.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penugasan itu merupakan arahan daripada ibu pejabat BN dengan Perak diberikan tanggungjawab membantu kempen parti di kedua-dua DUN berkenaan."Kita dah dapat arahan daripada BN Pusat. Perak akan membantu untuk memenangkan dua kawasan iaitu DUN Paya Rumput dan DUN Sungai Udang dalam kawasan Parlimen Tangga Batu."Jadi Perak akan jaga dua DUN saja," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Penutup Konvensyen Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, di sini pada Rabu.Hadir sama, Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim.Saarani yang juga Pengerusi BN Perak berkata, gerak kerja bagi kedua-dua kawasan berkenaan sudah dimulakan sejak kira-kira empat bulan lalu.Sementara itu, Konvensyen Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 menghimpunkan 60 pempamer dari dalam dan luar Perak merangkumi agensi kerajaan, institusi penyelidikan, Angkatan Tentera Malaysia serta kumpulan inovasi dari Selangor dan Pulau Pinang.Saarani berkata, kehadiran pempamer berkenaan membuka ruang untuk kerajaan negeri mempelajari pengalaman pihak lain, selain melihat bagaimana sesuatu masalah dapat diselesaikan dalam persekitaran yang berbeza.Menurutnya, konvensyen itu turut selari dengan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 yang menyasarkan pendigitalan lebih 18,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), selain mewujudkan hingga 6,000 peluang pekerjaan baharu."Sasaran ini membawa harapan yang besar. Peniaga kecil dapat menjangkau pelanggan yang lebih luas, manakala anak muda mempunyai lebih banyak pilihan untuk membina kerjaya di Perak," katanya.
PRN Melaka: BN Perak gerak jentera di DUN Paya Rumput, Sungai Udang

Key takeaways
BN Perak menghantar jentera untuk membantu memenangi DUN Paya Rumput dan Sungai Udang dalam PRN Melaka.
- BN Perak menerima arahan daripada BN Pusat untuk membantu dua DUN tersebut.
- Pemilihan DUN Paya Rumput dan Sungai Udang di Parlimen Tangga Batu dianggap kawasan tumpuan.
- Gerak kerja untuk kedua-dua kawasan sudah dimulai sejak empat bulan lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro PRN Melaka: PAS sedia guna lambang BN
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: BN muktamadkan rakan kerjasama selepas 7 Okt - Zahid
- Berita Harian PRN Melaka: BN terbuka PAS guna logo dacing
- Sinar Harian PRN Melaka: BN Perak gerak jentera di DUN Paya Rumput, Sungai Udang (this story)









/file/attachments/orphans/dsasaasdasd_211372.jpg)