SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) terbuka dengan cadangan PAS untuk menggunakan logo dacing, jika kedua-dua parti bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat setakat ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara berkenaan belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kepimpinan.
"Perkara ini belum dibincangkan secara rasmi. Namun saya percaya jika PAS bertanding, mereka mungkin lebih selesa menggunakan logo sendiri seperti mana yang dilakukan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.
"Kami tiada masalah sekiranya mereka mahu menggunakan logo BN yang dicadangkan. Itu terpulang kepada parti mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Ilmuwan Islam Wacana Semarak Patriotisme di sini, hari ini.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/17d62d09984d2c8144d6d0852c05b997.jpg)
