KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri mengambil pelbagai langkah intervensi bagi membantu 383 pekerja yang terjejas susulan penamatan operasi CJ Bio di Kerteh yang bermula secara berperingkat pada 15 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan rasmi dengan pihak pengurusan CJ Bio bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung status operasi syarikat berkenaan di Kerteh.
Katanya, pihak CJ Bio mengesahkan penamatan operasi premis berkenaan telah diputuskan secara rasmi oleh ibu pejabat syarikat di Korea Selatan.
“Keputusan penamatan operasi ini diambil berikutan cabaran ekonomi global termasuk peningkatan harga bahan mentah serta persaingan harga yang amat sengit daripada pengeluar antarabangsa, khususnya China. Penamatan operasi ini melibatkan seramai 383 pekerja,” katanya hari ini.








/file/attachments/orphans/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg)