YANGON – Myanmar menerima hampir 10,000 pendatang tanpa izin(PATI)  dari Malaysia pada tahun ini, kata media kerajaan hari ini, sehari selepas sebuah flotila yang membawa pulang hampir 1,500 warganya berlabuh di selatan Yangon.

Sekumpulan 1,476 orang pulang itu  tiba dengan menaiki kapal di luar Yangon semalam. Mereka adalah  kumpulan pertama daripada 5,000 PATI yang disahkan oleh Kuala Lumpur, bersetuju untuk diambil semula oleh Myanmar.

Kumpulan-kumpulan pemerhati hak asasi manusia menimbulkan kebimbangan bahawa etnik  minoriti Rohingya mungkin dihantar semula ke Myanmar, di mana mereka berdepan penganiayaan kejam, namun Malaysia tidak mengulas mengenai etnik mana  yang dihantar pulang itu.

Antara Januari hingga Ogos 2026, seramai 8,041 warganegara Myanmar  telah dihantar pulang melalui laluan udara, kata akhbar kerajaan, The Global New Light of Myanmar.