Khaled Nordin ulas kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kesediaan PAS guna logo BN sekiranya ia dapat membantu memuktamadkan kerjasama berkenaan pada PRN Melaka.

PETALING JAYA: Umno mengalu-alukan kesediaan PAS menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka yang disuarakan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bagi memuktamadkan kerjasama kedua-duanya.

Namun Naib Presiden Umno Khaled Nordin menekankan keterbukaan itu tidak terpakai kepada semua parti, lapor Utusan Malaysia.

Menurutnya, mana-mana pihak yang mahu bertanding menggunakan logo BN perlu melalui tapisan dan tertakluk kepada keputusan parti.

“Kalau mana-mana pihak bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN, sangat-sangat kita alu-alukan.