Timbalan Menteri KPT Adam Adli berkata, kementerian sedia pelbagai bentuk bantuan, rangkumi yuran pengajian, penginapan, makan minum dan pengangkutan, bagi pelajar B40. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM1.82 bilion tahun ini bagi membantu lebih 168,000 pelajar menerusi pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli.

Beliau berkata, sebanyak RM290 juta turut diperuntukkan bagi program Biasiswa Anak eKasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang menukarkan pinjaman diluluskan kepada biasiswa untuk pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar.

Di bawah inisiatif yang diperkenalkan tahun ini, pelajar layak yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih hanya perlu menerima tawaran pinjaman PTPTN bagi membolehkan pinjaman tersebut ditukarkan secara automatik kepada biasiswa.