KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd telah mencadangkan untuk mengasingkan semua kutipan masa depan dan membuat beberapa pembayaran sekali gus dalam tempoh masa yang singkat bagi menyelesaikan jumlah tertunggak kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan bahawa cadangan itu kini sedang dinilai oleh kerajaan.
Strategi pembayaran balik berstruktur itu dibuat susulan penggantungan perkhidmatan kumpulan Zetrix AI sebagai ejen kutipan bagi pihak JPJ.
Menurut Zetrix AI, kumpulan itu sedang dalam proses menjimatkan tunai bagi melaksanakan pembayaran sekali gus untuk menyelesaikan jumlah kiriman wang yang tertunggak.










