SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta.Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, langkah itu penting untuk memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram."UMNO mendakwa berjaya mengumpul RM50 juta bagi membawa pulang individu paling korup di Malaysia, Najib Razak supaya dapat menjalani tahanan di rumah."Daripada menggunakan sejumlah wang yang begitu besar untuk membantu rakyat biasa di Malaysia, mereka sebaliknya memilih membebaskan individu yang paling banyak terlibat dalam rasuah di negara ini."Terserlah dengan begitu jelas sikap sebenar UMNO," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiSinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pihaknya sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi, sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Menurut beliau, jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu untuk membantu bekas Presiden UMNO itu sudah pun mencapai sasaran dan mencukupi.Jelasnya lagi, UMNO secara rasmi turut menutup akaun khas tabung khas berkenaan yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam bagi tujuan berkenaan.
Tony Pua gesa BNM, SPRM audit kutipan untuk bayar denda Najib

Key takeaways
Tony Pua menyeru BNM dan SPRM mengaudit sumbangan untuk bayar denda Najib sebanyak RM50 juta.
- Tony Pua menyeru BNM dan SPRM mengaudit sumbangan yang dikutip untuk bayar denda Najib.
- Dia menyatakan dana itu perlu diperoleh secara sah dan bukan hasil wang haram.
- UMNO didakwa menggunakan wang besar untuk membebaskan Najib, bukan membantu rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Audit sumbangan untuk Najib- Tony Pua
- Sinar Harian Tony Pua gesa BNM, SPRM audit kutipan untuk bayar denda Najib (this story)









