KUALA LUMPUR – Pengguna yang tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran ihsan ditawarkan syarikat minyak susulan isu petrol bercampur air sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan boleh mengemukakan rayuan untuk pertimbangan semula.Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, pengguna perlu mengemukakan bukti serta dokumen sokongan termasuk resit atau invois pembaikan bagi membolehkan syarikat berkaitan menilai semula jumlah bayaran tersebut."Pengguna yang masih tidak berpuas hati juga boleh menyalurkan aduan kepada KPDN untuk penelitian lanjut atau mengemukakan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)."Saluran berkenaan tertakluk kepada bidang kuasa, had tuntutan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Azman berkata, kementerian akan terus memantau pelaksanaan program pemulihan pelanggan oleh syarikat minyak terbabit bagi memastikan kepentingan serta kebajikan pengguna yang terjejas sentiasa diberikan perhatian dan pembelaan sewajarnya.Sebelum ini, dua syarikat pembekal bahan api iaitu Petron dan Chevron selaku pemilik jenama Caltex mula melaksanakan pembayaran secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mendakwa mengalami kerosakan enjin selepas mengisi petrol RON95 di stesen minyak terbabit.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, bayaran itu diberikan kepada pengguna yang mengemukakan aduan lengkap berserta dokumen sokongan sah, berdasarkan kriteria ditetapkan syarikat masing-masing.Isu berkenaan mula mendapat perhatian selepas KPDN menerima aduan sejak 3 Oktober lalu membabitkan dakwaan petrol RON95 bercampur air atau bahan asing sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan, khususnya di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang.Sebanyak 262 sampel petrol telah dikumpulkan untuk dianalisis, manakala laporan awal Jabatan Kimia Malaysia terhadap 43 sampel mendapati kandungan air berada di bawah 0.05 peratus, iaitu paras minimum pengesanan yang boleh dilaporkan.Bagaimanapun, baki sampel masih menjalani analisis bagi mengenal pasti kemungkinan kehadiran bahan asing lain serta punca sebenar isu berkenaan.
Pengguna boleh rayu pembayaran ihsan petrol jika tidak mencukupi

Key takeaways
Pengguna boleh rayu pembayaran ihsan petrol jika tidak mencukupi dengan menyertakan bukti dan dokumen sokongan.
- Pengguna yang tidak puas hati boleh mengemukakan rayuan kepada syarikat minyak.
- KPDN menerima aduan tentang petrol RON95 bercampur air yang menyebabkan kerosakan kenderaan.
- Bayaran ihsan diberikan kepada pengguna yang menyertakan dokumen sokongan sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 3 sindiket tumpas, dadah boleh tampung 1.31 juta pengguna dirampas
- Harian Metro Petrol bercampur air: Pengguna 'gigit jari'
- Sinar Harian Pengguna boleh rayu pembayaran ihsan petrol jika tidak mencukupi (this story)







