KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) berharap peningkatan skala dua pelaburan strategik di Kemboja dan Malaysia menerusi F&N AgriValley dapat menyokong pertumbuhan serta memperkukuh prestasi kewangan kumpulan pada tahun kewangan 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Tarang Gupta, berkata kumpulan akan memberi tumpuan kepada mengekalkan momentum perniagaan teras di Malaysia dan Thailand itu, selain meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi kedua-dua platform pertumbuhan baharu itu secara berperingkat.

"Kos berkaitan pelaburan berkenaan memberi tekanan kepada keuntungan dalam tempoh terdekat, namun kami yakin kedua-duanya mampu memperkukuh daya tahan operasi dan menyokong pertumbuhan mampan dalam jangka panjang.