KUALA LUMPUR: HONOR Magic9 Pro Max yang belum dilancarkan di Malaysia dipilih sebagai telefon pintar pengimejan sinematik rasmi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).
HONOR dalam satu kenyataan berkata, kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu akan diketengahkan pada majlis anugerah FFM35 di Istana Budaya pada 21 November 2026.
Telefon pintar berkenaan menggunakan sistem pengimejan yang dibangunkan bersama ARRI, syarikat teknologi kamera pawagam yang digunakan pembikin filem Hollywood.
Kerjasama itu menggabungkan kepakaran pengimejan ARRI dengan pengiktirafan FINAS sebagai agensi yang bertanggungjawab memperkasa industri perfileman Malaysia.








