MELAKA: Pembukaan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tambahan di Air Salak oleh MCA menjadi perkembangan baharu dalam gerak kerja kempen Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor.

Pengarah Pilihan Raya BN DUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, berkata PDM berkenaan dibuka semalam susulan permintaan MCA untuk turut membantu menggerakkan kempen BN di kawasan itu.

Katanya, ini disambut baik kerana memperlihat pembabitan masyarakat Cina menerusi MCA dalam gerak kerja kempen, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai pihak untuk membantu jentera BN.

"Bagi saya, sesiapa yang mahu bekerja dan membantu, kita alu-alukan.