Melaka: Menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda 10 lokaliti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu antara agenda utama calon Barisan Nasional (BN), Siti Aisyah Mahmood, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini.

Bekas Pengurus Pusat Transformasi Bandar (UTC) negeri itu berkata, Kampung Musai dikenal pasti antara kawasan yang memerlukan perhatian segera, khususnya dari aspek menaik taraf sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir ketika musim tengkujuh.

Menurutnya, usaha menangani masalah itu memerlukan perancangan menyeluruh dan peruntukan tambahan memandangkan kerja menaik taraf sistem saliran tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun sebelum ini.