Sepang: Kesilapan memilih pelarasan motosikal menjadi punca utama pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan gagal mengulangi kejayaan muncul juara pada Perlumbaan 2 saingan Kejuaraan Moto4 Asia Cup sempena Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Selepas mencipta kejayaan pada Perlumbaan 1 semalam, Qabil terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan kedua di tempat kelima, namun masih mampu memberikan saingan sengit apabila hanya ketinggalan 0.660 saat di belakang pemenang.

Pelumba Jepun, Hayato Chishiki muncul juara selepas mencatat masa 25 minit 29.580 saat, manakala Qabil merekodkan masa 25 minit 30.240 saat.

"Alhamdulillah, hari ini saya selamat menghabiskan perlumbaan di tempat kelima dan saya sangat bersyukur. Saya rasa kurang selesa dengan motosikal dan ada melakukan kesilapan, tetapi saya cuba memberikan yang terbaik sehingga ke garisan penamat.