Kota Bharu: Umat Islam tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya takut ketinggalan atau 'fear of missing out' (FOMO) yang semakin menular dalam masyarakat, termasuk menyertai sambutan yang bercanggah dengan syarak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, budaya FOMO ketika ini semakin sukar dibendung apabila masyarakat cenderung mengikut sesuatu perkara hanya kerana ia dilakukan orang lain atau menjadi tular.

"Justeru, kita perlu sama-sama menjaga diri dan tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu trend kerana setiap tindakan serta amalan yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan kepada pembentukan generasi akan datang.

"Disebabkan itu, kesedaran untuk memelihara perkara ini perlu dipupuk dan bermula dari sekarang," katanya selepas Program Kembara Mahabbah Madani di Kedai Buloh, di sini, hari ini.