Bachok: Mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan tidak menghalang seorang datuk yang mempunyai 35 cucu menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 81 tahun dalam Istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.

Lebih manis, Dr Abdul Ghani Muhamad berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Tasawuf dan Tarekat tepat masa selama empat tahun.

Abdul Ghani berkata, cabaran utama untuk menghabiskan pengajiannya adalah faktor kesihatan diri yang mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, prostat dan saraf.

"Saya juga menjalani dua kali pembedahan mata sepanjang pengajian selain berdepan faktor usia lanjut seperti ingatan merosot.