MADRID: Raja Felipe VI dari Sepanyol menjalani pembedahan katarak pada mata kiri baginda, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita Europa Press.

Prosedur rutin pada Sabtu itu mengambil masa kira-kira setengah jam dan selesai tanpa sebarang komplikasi, menurut laporan itu yang menambah bahawa Raja Felipe, 58, menghabiskan malam berkenaan di hospital.

Katarak ialah keadaan mata apabila kanta mata yang biasanya jernih secara beransur-ansur menjadi kabur, menyebabkan penglihatan kabur, penurunan kejelasan kontras serta peningkatan sensitiviti terhadap cahaya.

Keadaan ini biasanya dirawat menerusi pembedahan, iaitu kanta yang kabur dikeluarkan dan digantikan dengan kanta tiruan.