Kuala Lumpur: BERSATU dinasihatkan supaya keluar daripada Perikatan Nasional (PN), jika parti itu enggan menyertai aktiviti anjuran gabungan berkenaan.
Saranan Naib Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Wan Saiful Wan Jan itu dibuat selepas BERSATU mempersoalkan keabsahan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) PN di Ibu Pejabat PAS, di sini, malam ini.
"Saya rasa kalau 'statement' (kenyataan) tak nak datang, keluarlah lagi senang. Namun, inilah ceritanya, kita tunggulah dan tengok macam mana (sama ada BERSATU akan hadir mesyuarat tergempar MT PN, malam ini).
"Saya tak pasti (agenda akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar PN), kita tunggu lihat," katanya ketika ditemui sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan, malam ini.









