Bagan Datuk: Polis belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan gangguan seksual dan penghantaran mesej tidak senonoh oleh seorang pengetua sekolah di Perak terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Terdahulu, dakwaan berkenaan tular di media sosial menerusi satu hantaran di platform Threads yang mendakwa pengetua terbabit menghantar mesej tidak senonoh kepada seorang pelajar perempuan, termasuk menggunakan ungkapan 'I love you'.

Susulan itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, dilaporkan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.