KUALA LUMPUR – Beregu campuran No.1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Grand Paris sebentar tadi, pasangan dari China itu menewaskan beregu profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing menerusi keputusan straight-set 21-10, 21-13.

Pang Ron-Pei Jing yang turun sebagai beregu bukan pilihan pada awalnya memberikan tentangan sengit kepada Yan Zhe-Dong Ping di set pertama sebelum lawan mula menjarakkan diri dan melebarkan jurang mata.

Walaupun cuba untuk mengejar dan merapatkan mata, namun beregu China itu berjaya untuk mempertahankan kedudukan mereka sebelum memenangi set pertama 21-10 dalam tempoh 15 minit.