KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak terburu-buru ketika mengejar mata menjadi kunci kebangkitan mereka melangkah ke final Terbuka Perancis

Pearly berkata, mereka tidak terlalu memikirkan kedudukan mata ketika ketinggalan lapan mata, sebaliknya memberi tumpuan untuk mengembalikan corak permainan mengikut perancangan sendiri.

Mereka menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-17, 22-20 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Arena Grand Paris.

"Sejujurnya, saya tidak terlalu memikirkan kedudukan mata kerana kami tahu lawan sudah mengubah permainan dan memberikan tekanan kepada kami.