SINGAPURA: Singapura memberi jaminan bahawa bekalan tenaganya kekal mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik, meskipun Indonesia memutus mengurangkan eksport gas asli ke republik itu.
Dalam kenyataannya, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) memaklumkan, pengurangan bekalan itu melibatkan kurang daripada dua peratus keperluan gas harian Singapura.
EMA berkata, pengurangan bekalan itu berjumlah 17 bilion unit terma British sehari (BBTUD) selama 18 hari, berbanding permintaan gas harian Singapura sebanyak 1,000 BBTUD.
"EMA mengesahkan bahawa terdapat sedikit pengurangan bekalan gas asli dari Indonesia. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengimport gas asli kami, jumlah pengurangan itu adalah sebanyak 17 BBTUD dalam tempoh 18 hari.








