Kuala Lumpur: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan parti itu menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri merayu keputusan mahkamah yang menangguhkan pembatalan Perikatan Nasional (PN),

Ia susulan kenyataan media BERSATU yang dipercayai palsu berhubung perkara itu, tular di media sosial.

"Fitnah. Fake (palsu)," katanya menerusi hantaran di Facebook yang turut memaparkan kenyataan media palsu berkenaan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan membenarkan permohonan PN untuk menggantung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalkan pendaftaran gabungan itu.