Ayer Keroh: Calon Barisan Nasional (BN) dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, perlu bekerja lebih keras dan mantap bagi memastikan kemenangan di kerusi masing-masing pada 14 November ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata semua calon yang diberi kepercayaan mewakili gabungan itu perlu membuktikan kemampuan masing-masing sepanjang tempoh berkempen.
"Jadi, saya harap mereka yang terpilih sebagai calon ini mestilah bekerja dengan lebih kuat dan mantap supaya pada 14 hari bulan nanti, mereka boleh menunjukkan kecemerlangan dalam memenangi kerusi kawasan yang dipertandingkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini malam ini.








%2Ffile%2Fattachments%2F888%2FMCA_458180.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
