MELAKA - Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meninggalkan dewan ketika majlis pengenalan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka malam ini mencetuskan persoalan mengenai pendirian parti itu berhubung pengagihan kerusi.Wee turut difahamkan mengarahkan ahli MCA supaya meninggalkan dewan berkenaan ketika majlis berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.Perkembangan itu mencetuskan tanda tanya sama ada tindakan berkenaan mempunyai kaitan dengan ketidakpuasan hati MCA terhadap pembahagian kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu bagi menghadapi PRN Melaka.Difahamkan, isu agihan kerusi menjadi antara perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan parti berkenaan.Menurut Wee, MCA tidak dimaklumkan mengenai perubahan atur cara majlis yang pada awalnya diberitahu hanya melibatkan pelancaran jentera, sebelum turut disusuli pengumuman calon.Beliau mendakwa, keputusan pengagihan kerusi turut dibuat tanpa perbincangan menyeluruh dengan MCA.Wee berkata, MCA telah menyuarakan bantahan terhadap pembahagian kerusi itu dan meminta rundingan diteruskan, namun mendakwa keputusan tetap dimuktamadkan tanpa persetujuan parti berkenaan.Beliau turut menegaskan pengumuman calon yang dibuat tanpa persetujuan MCA tidak akan diiktiraf oleh parti itu."Jika pengerusi MCA sendiri tidak menandatanganinya, bagaimana ia boleh diiktiraf?" katanya.Mengulas tindakan meninggalkan majlis, Wee berkata beliau tidak hadir untuk menunjukkan rasa tidak puas hati secara peribadi, sebaliknya mahu mempertahankan maruah serta hak MCA sebagai parti komponen BN.Beliau turut meminta kepimpinan tertinggi BN di peringkat pusat campur tangan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan, sambil menegaskan keputusan berkaitan calon perlu dibuat melalui perbincangan bersama.Majlis berkenaan diteruskan dengan pengenalan calon BN bagi mempertahankan kedudukan parti itu dalam PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 14 November ini.Sebelum ini, BN menetapkan untuk bertanding di 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, manakala baki tujuh kerusi diperuntukkan kepada PAS dan rakan strategik.Penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober, manakala pengundian awal pada 10 November. - Awani
PRN Melaka: Ka Siong tinggalkan dewan ketika BN umum calon

Key takeaways
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meninggalkan dewan semasa pengumuman calon BN untuk PRN Melaka, menyebabkan ketidakpuasan terhadap pembahagian kerusi.
- Wee meninggalkan dewan dan arahkan ahli MCA keluar semasa majlis berlangsung.
- MCA tidak dimaklumkan tentang perubahan atur cara majlis dan pembahagian kerusi.
- MCA menolak pengumuman calon yang dibuat tanpa persetujuan mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Akmal beri bayangan tinggalkan DUN Merlimau pada PRN Melaka
- Harian Metro PRN Melaka: Akmal tinggalkan Merlimau?
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf kekal ketua menteri jika BN menang PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: Ka Siong tinggalkan dewan ketika BN umum calon (this story)








