Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh merakamkan penghargaan kepada pengundi Merlimau kerana memilihnya pada PRN 2021, sekali gus memberikannya penggal pertama sebagai wakil rakyat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membayangkan kemungkinan meninggalkan DUN Merlimau untuk bertanding di kerusi lain pada PRN Melaka 14 Nov ini.

Dalam hantaran di Facebook, Akmal merakamkan penghargaan kepada pengundi di Merlimau kerana memilihnya pada PRN 2021, sekali gus memberikannya penggal pertama sebagai wakil rakyat.

"Selepas ini ke mana? Kalau ke Serkam atau Sungai Rambai boleh ke? Atau ada cadangan lain?," katanya.

Sungai Rambai dan Serkam merupakan kubu kuat Umno yang tidak pernah terlepas daripada genggaman parti itu, namun Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Serkam dengan majoriti yang amat tipis pada 2021.