KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Belanjawan 2027 menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa belanjawan itu sarat dengan pengumuman berbentuk ‘gula-gula’, susulan peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan sebanyak 11.41 peratus berbanding tahun ini.
Beliau berkata, peningkatan peruntukan kepada SPR turut menjadi antara perkara yang ditelitinya ketika membahaskan belanjawan berkenaan.
Katanya, perkembangan itu menimbulkan kemungkinan pilihan raya diadakan tahun depan atau selepas belanjawan berkenaan diluluskan.








