KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan.Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara di sini selepas pertemuan empat mata antara Sultan Ibrahim dan Raja Abdullah II di Dewan Seri Negara.Menurut Istana Diraja Hashemite, Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali dianugerahkan kepada raja, putera dan ketua negara sebagai pengiktirafan terhadap kedudukan mereka.Darjah kebesaran itu merupakan antara anugerah diraja Jordan yang dikurniakan kepada tokoh terkemuka antarabangsa serta individu yang diiktiraf atas pencapaian dan sumbangan mereka.Raja Abdullah II kini dalam rangka lawatan negara selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam, atas jemputan Sultan Ibrahim. - Bernama
Sultan Ibrahim dikurniakan Darjah Kebesaran Awam Tertinggi Jordan

Key takeaways
Sultan Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali dari Raja Abdullah II di Istana Negara.
- Sultan Ibrahim menerima darjah kebesaran tertinggi Jordan.
- Darjah itu dianugerahkan sebagai pengiktirafan kepada tokoh antarabangsa.
- Pengurniaan berlangsung selepas pertemuan antara Sultan Ibrahim dan Raja Abdullah II.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Sultan Ibrahim dikurniakan Darjah Kebesaran Awam Tertinggi Jordan (this story)








