TAIPEI: Taiwan akan memantau rapi latihan tembakan sebenar yang dijalankan China di perairan berhampiran pantainya dari 12 hingga 20 Oktober ini, kata Menteri Pertahanan, Wellington Koo.
Beliau berkata, Taiwan akan terus memantau semua aktiviti ketenteraan China, termasuk latihan menembak, sebagai langkah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Berpegang pada prinsip bersiap sedia menghadapi kemungkinan terburuk, kami akan terus memantau rapi semua aktiviti mereka, sama ada melibatkan tembakan atau latihan ketenteraan lain,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pihak berkuasa maritim China sebelum ini mengumumkan latihan berkenaan akan berlangsung di Laut Bohai, Laut Kuning, Laut China Timur dan Laut China Selatan.










