KUANTAN – Seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) pada 6 Oktober lalu.
Tertuduh F. Alan Stevekumar hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh M. Elisa Jonova, 19, di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, Taman Pauline Kuantan antara pukul 4.32 pagi hingga 4.55 pagi pada 6 Oktober lalu.








