KUALA LUMPUR: IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) mengambil langkah penting ke arah penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) menerusi pemeteraian perjanjian taja jamin dengan enam institusi kewangan.
Perjanjian itu membabitkan taja jamin sebanyak 165 juta unit tawaran di bawah tawaran awam dan tawaran terhad, tertakluk kepada peruntukan penarikan balik dan pengagihan semula.
Enam institusi kewangan terbabit ialah Maybank Investment Bank Bhd, AmInvestment Bank Bhd, CIMB Investment Bank Bhd, Hong Leong Investment Bank Bhd, RHB Investment Bank Bhd dan UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd.
IOIPG REIT diuruskan oleh IOIPG REIT Management Sdn Bhd, dengan IOI Properties Group Bhd (IOIPG) sebagai penaja dan MTrustee Bhd sebagai pemegang amanah.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F3c618e5012b6603c919dda10765ba5a8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
