KUALA LUMPUR: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengikuti latihan berkaitan penulisan berita dan fotografi selama empat hari di Media Prima Balai Berita di sini.
Program dinamakan MRSM Bintang Media 2026 itu memberi peluang kepada pelajar mendalami selok-belok industri media menerusi bimbingan petugas media.
Seramai 678 pelajar daripada 58 MRSM mendapat bimbingan dalam bidang kewartawanan, penulisan berita, penyampaian berita, fotografi dan penceritaan visual.
Pengarang Kumpulan BH, Zulkifli Jalil, berkata 13 kakitangan Media Prima terbabit dalam program berkenaan dengan berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang media, komunikasi dan kreativiti.






