KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit mengalami gangguan susulan dua kes kecurian kabel dalam tempoh beberapa jam di sepanjang koridor rel lapangan terbang.
Ini memaksa penumpang menempuh perjalanan lebih lama dan perubahan jadual tren.
Kejadian yang berlaku antara malam Ahad hingga awal pagi tadi menyaksikan penjenayah melarikan kabel isyarat sepanjang kira-kira 260 meter di laluan rel antara Putrajaya dengan Salak Tinggi.
Pengendali kedua-dua perkhidmatan itu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), berkata kes pertama dikesan kira-kira jam 9 malam tadi di antara Stesen Putrajaya dan Cyberjaya dengan Stesen Salak Tinggi, berhampiran penanda Kilometer 44 (KM44).










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F12%2F240cb077442561630084fe46194c85ac.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)