KLIA Ekspres memulakan tren ulang-alik sambungan dari Stesen KL Sentral ke Putrajaya dan Cyberjaya pada 9.20 pagi tadi, manakala dari Stesen KLIA Terminal 2 ke Putrajaya dan Cyberjaya pada 9.10 pagi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres mengalami gangguan akibat kabel terputus antara stesen Putrajaya, Cyberjaya dan Stesen Salak Tinggi pagi tadi.
Susulan itu, tren ulang-alik sambungan dari Stesen KL Sentral ke Putrajaya dan Cyberjaya dimulakan 9.20 pagi tadi, manakala dari Stesen KLIA Terminal 2 ke Putrajaya dan Cyberjaya bermula 9.10 pagi.
"Kekerapan perkhidmatan tren bagi kedua-dua arah adalah setiap 15 minit.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berterima kasih atas kesabaran serta pemahaman anda," katanya dalam kenyataan.








